| Add caption |
Nabi Muhammad SAW merupakan
seorang yang amat bersopan dalam bertutur kata, jujur, tidak pernah berdusta
serta luhur budi pekertinya. Hal inilah yang membuat kita mengagumi Baginda.
Sehingga sampai hari ini, Baginda SAW dikagumi ramai orang di seluruh pelosok dunia
karena keperibadian Baginda yang amat luar biasa. Michael H.Hart di dalam
bukunya ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’
meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia paling berpengaruh di dunia di
kalangan 100 orang manusia paling berpengaruh di dalam sejarah dunia.
Beliau mempunyai perilaku dan
akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia, khususnya terhadap umatnya
tanpa membedakan atau memandang seseorang dari status sosial, warna kulit, suku
bangsa atau golongan. Beliau selalu berbuat baik kepada siapa saja bahkan
kepada orang jahat atau orang yang tidak baik kepadanya. Oleh kerana itu di
dalam Al-Quran, beliau disebut sebagai manusia yang memiliki akhlak yang paling
agung.
“Sesungguhnya telah ada pada diri
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap
rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS
Al-Ahzab: 21)
Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda yaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah.
Siddiq artinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia
yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada
perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para
Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan
agamanya.
Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar,
malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil
bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut
kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5)
2.AMANAH
Amanah artinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu
urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member
gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud
‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang
beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal
sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku
hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68)
Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang
yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai
Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau
kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk
kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita
oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama
Islam, Baginda menjawab:
”Demi Allah…, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di
tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci
ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau
aku hancur karenanya”……
Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda,
namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap
orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda SAW.
Tabligh artinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang
ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan
walaupun itu menyinggung Baginda sendiri.
“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu
telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang
ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin:
28)
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah
datang seorang buta kepadanya.” (QS 'Abasa: 1~2)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS
'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada
Rasulullah SAW sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada
waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin
Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani
pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini
mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka ayat ini turun sebagai
teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan
al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber
dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut
standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau
dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk
standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah menegur
Baginda SAW.
Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya,
Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi.
Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.
4. FATHONAH
Fathonah artinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul
itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian
menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar
biasa.
Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT
kepada kaumnya sehingga mereka mau memeluk Islam. Nabi juga harus mampu
berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apalagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya
mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis,
berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang
berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar
biasa.
Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda SAW di atas di
dalam kehidupan kita dan mendapat keridhaan Allah SWT.
Amin..amin..amin..ya robbal alamin.....................
Tidak ada komentar:
Posting Komentar